Azizul Azli Ahmad

#TabungIsteri

Malam ini, ambil kertas duduk hadap suami sambil buatkan kopi Kapal Api.

Jika ada karipap semalam, panaskan bawa sekali dalam cawan.

“Abang sayang, gaji abang berapa sekarang?”

Ambil buku dan kertas buat catatan.

1. Tanyakan gaji suami sekarang berapa. Jika dapat tahu juga Gred Gaji suami lebih baik.

2. Mohon tanyakan juga pin no ATM kad suami, catat dan simpan dengan baik.

3. Suami ada masuk khairat kematian dipejabat atau tidak. Jika ada berapa sumbangan boleh dapatkan?

4. Suami ada masuk koperasi atau tidak. Apa sumbangan dan duit koperasi boleh tuntut jika suami tiada nanti.

5. Suami ada buat hibah atau tidak? Jika belum ada, pujuk baik baik pada dia. Dengan serendah RM50 sebulan pun dah ada untuk isteri dapat RM150,000 jika dia meninggal nanti.

6. Penama KWSP abang letak nama siapa? Anak kita kecil lagi. Jika belum buatlah segera.

7. Penama Tabung Haji abang letak nama siapa? Abang ada buat Hibah Amanah atau tidak buat sesiapa?

8. Abang ada buat Hibah ASB atau tidak? Jika ada berapa peratus pembahagiannya? Boleh saya simpan satu salinan jika jadi apa apa?

9. Abang ada Takaful kemalangan diri atau kad perubatan saja? Boleh saya catat no polisi.

10. Saya sayang abang, kalau abang kerja naik motor, saya belikan takaful kemalangan diri setahun RM200 abang nak atau tak?

Abang potong nafkah saya pun tak apa, janji lindungi abang. Biasanya suami yang baik akan tewas punya.

11. Hutang dan simpanan abang ada berapa? Boleh tahu dimana dan apa yang ada?

12. Abang tahu baki hutang abang ada berapa lagi? Rumah kita insuran ni MRTT atau MLTT dulu ya? Jika meninggal ada baki atau tidak?

“Abang lambat lagi mati Musalmah oi, macam nak aku mati cepat jer”.

Jangan begitu kawan, kecil hati dia nanti. Jangan juga tuduh dia ‘mata duitan’.

Benda belum jadi, kita semua kata.

“Alah itu orang bukan aku”.

Maka kita tak kisah bila akan berlaku.

Malam ini, ambil kertas tulis semua butir belanja yang suami ada.

Ajar isteri pandu kereta, berdikari jika mereka suri rumah tangga.

Bila mata kita terpejam, dan kita rasa hangatnya kucupan isteri didahi kita. Tapi kita dah tak boleh buat apa apa.

Apakah airmata kita boleh balas kebaikan mereka yang jaga kita nantinya.

Cinta mencapai puncak keindahannya ketika seseorang merasakan ketulusan, sekalipun cinta ini hanya tergantung pada satu orang, iaitu suami atau isteri.

Bermulalah sekarang

Azizul Azli Ahmad
Suami Orang Juga

#Saya Bukan Ejen Takaful

https://t.me/NotaAzizulAzli/14899

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: