Dosa besar ibadat

https://www.hmetro.com.my/amp/addin/2018/07/354566/solat-ibu-segala-ibadat

ADDIN
<em> </em>Solat ibu segala ibadat
Oleh Sedetik Rasa

Dalam kaedah fiqh ada menyatakan kebaikan orang kafir akan terhalang kerana kekafirannya.

Sekiranya dia seorang dermawan yang pernah menyumbang sedekah jutaan ringgit untuk membina masjid sekalipun, dia tetap tidak akan memperoleh pahala kerana kekafirannya.

Bagi umat Islam, kebaikan mereka pula akan terhalang kerana tidak melaksanakan solat.

Walaupun sebanyak mana dia melakukan amalan seperti bersedekah, membaca al-Quran, puasa dan zakat dan sebagainya, semua ibadat itu akan ditolak oleh Allah SWT.

Jelas, solat dalam kehidupan setiap Muslim tersangat penting kerana ia adalah ibu kepada segala ibadat.

Apabila melaksanakan kewajipan bersolat, barulah seseorang memiliki ‘akaun simpanan’ untuk pahalanya.

Selepas meninggal dunia kelak, pahala itu dapat bertambah menerusi amalan berkekalan yang dilakukan di dunia seperti bersedekah serta anak-anak yang ditinggalkan sentiasa mendoakannya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakaranya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (Surah at-Tahrim, ayat 6)

Dalam ayat itu, Allah mengingatkan kepada golongan bapa supaya mengambil tanggungjawab bagi memastikan anak mereka tidak melakukan dosa kepada Allah SWT.

Apakah dosa paling besar dan paling banyak dilakukan manusia pada hari ini? Hampir setiap rumah umat Islam pasti ada ahlinya yang pernah meninggalkan solat.

Nabi SAW menyatakan, pemisah di antara Islam dan kafir adalah solat.

Jelas, meninggalkan solat itu adalah dosa besar apatah lagi sengaja meninggalkan dosa.

Yang meremehkan ibadat solat juga disebut munafik di dalam al-Quran. Tempat mereka adalah di neraka jahanam.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang.” (Surah an-Nisaa, ayat 142)

Dalam ayat itu, orang munafik berusaha untuk menipu Allah SWT dengan cara antaranya, jika bersolat, dia bermalasan di mana secara fizikal menunaikan solat tetapi hakikatnya dia enggan melaksanakannya.

Orang munafik memang masih bersolat. Bagaimanapun, di akhirat kelak mereka dan orang kafir akan dihimpunkan semuanya di dalam neraka jahanam.

Disiarkan pada: July 4, 2018 @ 2:28pm

http://ustazahpie.blogspot.com/2012/10/ibadah-dosa-kecil-dan-dosa-besar.html?m=1

https://www.bharian.com.my/amp/taxonomy/term/61/2017/03/263548/ibadah-tertolak-sebab-jahil

Ibadah tertolak sebab jahil
Norhayati Paradi
bhagama@bh.com.my
March 24, 2017 @ 7:53am

Mukmin perlu sedar kepentingan ibadah sebagai hadiah terbaik daripada Ilahi. Tidak jelas dengan falsafah beribadah mewujudkan ibadah ikut-ikutan. Ikuti kupasan bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam slot Islam Itu Indah di IKIMfm mengenai empat golongan dalam ibadah.

DARIPADA Abdullah bin Amru bin Al-Ash berkata, bahawasanya dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya hati semua manusia itu berada di antara dua jari dari sekian jari Allah Yang Maha Pemurah. Allah SWT akan memalingkan hati manusia menurut kehendak-Nya.” Selepas itu, Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah, Zat yang memalingkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu” (Riwayat Muslim).

Minta kepada Yang Esa untuk sentiasa dikurniakan hati yang tetap, kekal beriman kepada-Nya kerana daripada situ akan menumbuhkan amal ibadah.

Ibadah itu letaknya di hati dan ia umpama hadiah, sebelum memberi hadiah dianjurkan untuk kenal kepada penerima hadiah itu. Tetapi ia sangat berkait rapat dengan hidayah. Hidayah itu milik Allah, sesungguhnya tiada jaminan hidayah yang hadir akan kekal selamanya dalam kehidupan manusia yang penuh dengan ujian keimanan ini.

Ustaz Pahrol Mohd Juoi menerusi Islam Itu Indah yang bersiaran pada jam 10.15 pagi, Rabu lalu memohon kita semua menganggap ibadah itu sebagai hadiah terbaik daripada Allah dan sentiasa mengharapkan untuk mendapatkan pengakhiran usia dalam kebaikan.

Ada beberapa perkara membawa kepada tertolaknya sesuatu ibadah. Antaranya disebabkan kejahilan dalam melaksanakan ibadah.

Melulu dalam beribadah

Tidak jelas dengan falsafah sebenar beribadah membawa seseorang melulu dalam beribadah. Ibadah hanya ikut-ikutan, bukan anutan sehingga akhirnya ibadah yang sepatutnya menjadi wasilah kepada Pencipta terus menjadikannya jauh tidak terarah.

Kadangkala, sekadar tahu tidak memberi makna seseorang itu sedar kepentingan ibadah dalam kehidupan. Tahu itu letaknya di akal, manakala sedar duduknya di hati. Mana mungkin akan lahir sifat kehambaan, kala sifat sombong bersarang menyamar rasa bertuhan, malah berasa dirinya tuhan.

Maka, mudah menyangkal saat ujian naik sejengkal dan mula menentang ketika tikar sukar mula dibentang.

Segala adab dan falsafah berkaitan ujian hilang daripada pertimbangan kerana berasakan ibadah yang telah dilakukan sepatutnya tidak mewajarkan ujian singgah menyapa hidupnya, sedangkan, ibadah itu pokok yang membuahkan akhlak dan adab.

Selain itu, menerusi ibadah akan melahirkan sifat taat kepada-Nya. Pahrol menggariskan empat kategori manusia yang hidup dalam ketaatan.

Pertama adalah manusia yang taat dalam taat. Mereka ini daripada kategori golongan yang terbaik. Segala yang dilakukan datang daripada hidayah Allah SWT. Mereka tidak mengungkit setiap ketaatan yang dilakukan, malah melupakan ketaatannya kepada Allah serta kebaikannya kepada manusia. Amal mereka keseluruhannya kerana Allah.

Ibadah itu telah menyelamatkannya dan membentuk hati dan batinnya daripada penyakit riak, ujub dan pengharapan pada puji-pujian manusia.

Golongan kedua adalah mereka yang derhaka dalam ketaatan. Mereka ini selalu berasakan setiap kebaikan atau ibadah yang dilakukan semua atas kelebihan dan kemampuan dirinya sendiri. Maka, timbul rasa ujub, riak dan tidak takut kepada Allah SWT. Hakikatnya, mereka penderhaka kepada Allah.

Sinis terhadap ibadah orang lain

Semakin banyak ibadah yang dilakukan, semakin tinggi sifat sombong, bongkak serta takabur. Seolah dirinya ahli syurga dan sewenangnya berasakan orang lain sesat dan kafir yang tidak layak masuk ke syurga. Mereka juga sinis terhadap ibadah orang lain dengan memandang remeh kebaikan dan ketaatan yang dilakukan.

Dalam pada itu, terdapat juga golongan yang taat dalam kederhakaan. Mereka dalam kategori ini pula adalah daripada jenis manusia yang melakukan sebahagian daripada kebaikan dengan mengakui kelemahan dirinya, tetapi tidak pernah mengalah dan menyerah dalam usaha memperbaikinya.

Mereka mengakui banyaknya dosa yang dilakukan dan bertaubat dan menyesalinya. Tidak terhenti di situ, mereka dalam kategori ini akan sentiasa mujahadah dalam menjauhi dosa dan maksiat itu sebaik daya.

Iman lemah mudah kalah

Tetapi resam bermujahadah, iman yang lemah akan mudah kalah. Oleh itu, mereka rajin merintih walau belum dapat mengecap manis nikmat ibadah. Mereka tenggelam dalam rasa berdosa dan bersalah.

Sesungguhnya, kejahatan yang membawa kepada kesedihan jauh lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan sifat takabur pada diri.

Tetapi malang bagi golongan yang dijauhkan daripada melakukan kebaikan, malah berbangga dengan dosa dilakukan. Tidak sekadar itu, dia juga mengajak orang lain turut serta terjun dalam gawang dosa dan kemaksiatan dilakukannya. Golongan ini adalah dari kategori penderhaka dalam derhaka.

Penulis adalah Penyampai dan penerbit Rancangan IKIMfm

Berpuluh-puluh tahun solat, tapi tak diterima. Ini sebabnya yang wajib kita ambil tahu

https://www.hmetro.com.my/amp/addin/2021/07/732245/ibadah-sebagai-tanda-bersyukur

https://muftins.gov.my/2020/02/03/kesan-riba-dalam-ibadah/

https://news.detik.com/berita/d-4963948/5-amalan-penghapus-dosa-besar-dan-kecil-yang-menurut-islam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: